Rabu, 29 Julai 2015

Aku minta maaf mama.
Tak mampu nak uruskan rumah.

Aku minta maaf mama,
Malam tadi x berdaya nak tolong urutkan kaki mama.

Aku kena tidur
Aku terpaksa tidur awal
Bagi mengelak segala kemungkinan

Bialah aku saj atau apa.

Aku minta maaf
Aku tolak untuk memelihara diriku.
Bukan kerana aku malas ataupun tak mahu
Tapi aku terpaksa...

Isnin, 13 Julai 2015

Semalam pergi tengok baby baru lahir.

Orang kata baby baru lahir ada bau syurga

Namun kesian aku, xdapat bau apa2 bau yang best pun padanya.

Islam kata, anak derhaka tidak akan bau syurga.

Nampaknya sahlah aku ni anak derhaka, ya?

Abah paling sayang aku tapi aku yang paling melukakan hati abah.

Mama paling rapat dengan aku sekarang tapi aku yang banyak dosa dengan mama

So, anak derhaka.

Work so much in ibadah

Seeking for bless of Allah

Just forgetting to smell keharuman syurga

Because u wont be grant 

Face the fact that 

KAU ANAK DERHAKA

Ahad, 12 Julai 2015

Something i learn this week...

Never overestimate  ur mind

Aku fikir aku positive sangat
Lastly baru tersedar.

Aku asyik risau
Sedangkan mulut dan otak kata 

"Rezeki dari Allah"

Hakikatnya hati x selari pun dengan apa yang otak fikir dan mulut berkata.

Aku marahkan adik boros.
Mama boros
Tak fikir in future
Tapi satu perkataan adik.

"Itu kira rezeki kita, jangan pertikaikan"

Asalnya aku rasa itu tindakan orang yang boros.
Memang boros tapi itulah rezeki kita

Jumaat, 3 Julai 2015

Sometimes aku tertanya2
Bukan,
Aku selalu bertamya

"Apa perasaan mak dapat anak macam aku ni?"

Cita2 tinggi melangit tapi takat cita2 
Sampai sekarang tak dapat

Tu belum lagi mak kena tanggung hidup aku sepenuhnya
Memang aku tanggungjawab dia selagi aku belum kahwin
Tapi kenapa aku tak macam aniak dara orang lain yang sibuk pergi kerja
Tak payah anak orang
Macam anak2 mak yang lain
Cari duit
Nak bagi mak.

Aku bukan x cuba cari kerja
Aku cari tapi tak dapat
Kalau kena hadir interview pun, aku tak datang
Aku takut diinterview

Bila ada orang yang nak bagi kerja tanpa interview
Aku tolak juga

Sebenarnya
Aku risau tinggal mak sensorang
Alasan?
Suka hati nak fikir apa


Rabu, 24 Jun 2015

Sabar ajalah adik weh ada kakak macam aku.

Kalo mama buat air pun, aku selamba p tambah air.
Sebab manis kat tekak aku.
Inikan ko pula bubuh garam.
Memang aku buang lah.

Apa kes air mangga bubuh garam?

Isnin, 22 Jun 2015

Kalo tanya aku 

Kenapa aku nak kahwin?
Satu je jawapan jujur yang aku simpan sebab malu nak cakap.

"Menghindar diriku dari maksiat"

Aku pun manusia biasa
Ada nafsu yang dinamakan syahwat.

Mcm mana aku cuba hindar
Cuba control fikiran dari memikirkannya
Akan tiba saat dan ketika
Aku hampir hilang kawalan.

Namun, apa yang aku boleh buat
Bila jodohku belum kunjung tiba.

Allah itu sebaik2 perancang dan perancangannya pasti adalah yang terbaik untukku.
Tiada prejudis.

Jadi aku kena kuat.
Terus melawan
Terus berjuang untuk melawan.

Lawan. Lawan. Lawan...
Simpan untuk dia yang halal.

Isnin, 15 Jun 2015

Orang kalo tengok aku ngn mama
Mesti dorg ingat aku ni rapat dengan mama sejak azali.

Sorry...
Aku rapat dengan mama setahun sebelum abah meninggal.
Tahun tu aku dengan abah macam ada saja yang tak kena.
Ada saja benda boleh buat gaduh.
Ada saja...

Esok mungkin 1 ramadhan
Dan satu ramadhan itulah pergaduhan aku dan abah yang paling besar.
Walhal kalo nak diikutkan abah bukan marah dengan aku.
Aku cuma tak sokong dia.
Tapi aku boleh gaduh teruk dengan abah.

Sampai abah tak nak cakap dengan aku.
Makan semeja pun terpaksa.
Aku pun sama 
Keras hati.

Raya pertama, aku berat betul hati nak salam abah.
Abah pun acuh tak acuh saja nak salam dengan aku.
Aku minta maaf pun dia buat tak tahu saja.
Aku sedih tapi aku keraskan hati.
Hati aku memang keras waktu tu
Sbb aku yakin aku tak salah.
Abah yang salah.

Raya kedua bLik rumah atuk.
Abah ajak pergi mana pun aku tak mahu.
Malam raya ketiga tu
Pagi tu abah pergi buat selamanya.

Entah.
Susah nak percaya bila sampai hospital pak andak kata abah dah tak ada.
Aku yakin abah cuma pengsan
Tapi bila pergi bilik mayat
Tengok abah
Macam tak terkata apa.
Aku teman abah kat bilik mayat sampai mama suruh aku balik.
Ambil atuk, mak ngah dan tok cik.
Sementara mama ngn pak andak tunggu van jenazah.

Bila sampai kat rumah, mandi n bersiap.
Nak pergi mandikan abah.
Orang tak bagi.
Okeylah tak apa.
Aku nak tengok abah dimandikan pun
Tak diberi
Allah zalimnya manusia tu

Sedihnya.
Solat jenazah pun aku tak tahu.
Aku ikut imam saja.
Entah apa dibaca pun tak tahu.

Tak sempat nak lihat abah dikebumikan.
Aku sampai saja dah baca talkin.

Start tu aku jadi hilang semangat
Aku jadi hilang kekuatan.
Aku mula risaukan mama
Dan aku berhenti kerja sebab nak jaga mama
Walaupun puncanya adalah pergaduhan aku dan adik.

Bila orang kata
"Abah pernah cakap abah kecewa dengan aku"
Aku tak percaya. Aku ajar diri aku untuk tak percaya
Sebenarnya aku percaya
Dan itulah punca semangat aku makin lemah
Untuk apa hidup kalo semuanya yang aku buat untuk abah
Mengecewakan abah.
Mengecewakan semua orang.

Sampai sekarang sebenarnya semangat aku lemah.
Mengenangkan kata2 itu.
Aku tak kisah benda tu betul atau tidak
Tapi itulah yang buatkan aku seakan malas untuk hidup

Sampai satu saat
Bila orang tanya kenapa aku hidup
Aku jawab dalam hati
Kerana Allah belum nak matikan aku.

Walaupun aku dah insaf
Hidup kerana Allah
Bukan lagi kerana abah
Tapi semangat itu sudah hilang
Semangat tu dah tak ada.

Hidup memang kerana Allah
Memang aku tahu Allah tak akan jadikan aku dengan sia2
Tapi semngat aku terbang
Aku terpaksa tangkapnya dengan sesuatu yang lain.

Kadang2 mama.
Tapi semangat tu cepat hilang sebab aku pun tahu
Aku bukan kegemaran mama
Terpaksa menanggung aku
Terpaksa menjaga ku kerana tanggungjawab.

Tapi selalunya semangat itu aku tangkap dengan sebab perkara lain.
Ada banyak yg buat aku bersemangat
Ia datang dan hilang
Hinggap dan terbang

Sedih sebenarnya bila tak boleh jadikan mama big Y aku.
Tapi aku tak boleh paksa diri aku
Kerana aku sendiri sedar diri aku
Sedangkan mama tak mengharapkan aku
Bagaimana aku ingin menjadikan mama sumber kekuatan aku?

Derhaka kah aku?

Apa aku perlu buat?

Berpura2?

Pada aku
Big why hanya akan terjadi bila dia adalah punca untuk kau bertindak
Tapi mama punca aku patah semangat
Mungkin mama tak sedar tapi itu yang aku rasa.

Adik beradik aku semua boleh letakkan mama as big why mereka
Sebab mama memang mengharapkan mereka.
Terutama kakak aku.
Sebab mama memang mengahrap pada dia seorang.
Untuk menjaga dan memelihara kami adik2nya.
Adik lelaku aku kerana mema memang berharap dia akan menjaganya nanti
Dan adik perempuan aku yang sentiasa mama berikan galakan dan sokongan

Aku tahu mama sentiasa mahu bertindak adil antara kami adik beradik
Tapi yang mama tak sedar hati aku terluka
Bila mama hanya menjalankan tanggungkawabnya pada aku bukan kerana kasih sayangnya buat aku.

Orang kata aku itu cuma tanggapan aku
Sebab orang tak nampak apa yang aku nampak
Orang tak lalui apa yang aku lalui
Not even my sibling will notice it.

But life must go on.
Everything happen with reason.
The strongest will face it

Im strong and i will face it.
πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚