Rabu, 24 Jun 2015

Sabar ajalah adik weh ada kakak macam aku.

Kalo mama buat air pun, aku selamba p tambah air.
Sebab manis kat tekak aku.
Inikan ko pula bubuh garam.
Memang aku buang lah.

Apa kes air mangga bubuh garam?

Isnin, 22 Jun 2015

Kalo tanya aku 

Kenapa aku nak kahwin?
Satu je jawapan jujur yang aku simpan sebab malu nak cakap.

"Menghindar diriku dari maksiat"

Aku pun manusia biasa
Ada nafsu yang dinamakan syahwat.

Mcm mana aku cuba hindar
Cuba control fikiran dari memikirkannya
Akan tiba saat dan ketika
Aku hampir hilang kawalan.

Namun, apa yang aku boleh buat
Bila jodohku belum kunjung tiba.

Allah itu sebaik2 perancang dan perancangannya pasti adalah yang terbaik untukku.
Tiada prejudis.

Jadi aku kena kuat.
Terus melawan
Terus berjuang untuk melawan.

Lawan. Lawan. Lawan...
Simpan untuk dia yang halal.

Isnin, 15 Jun 2015

Orang kalo tengok aku ngn mama
Mesti dorg ingat aku ni rapat dengan mama sejak azali.

Sorry...
Aku rapat dengan mama setahun sebelum abah meninggal.
Tahun tu aku dengan abah macam ada saja yang tak kena.
Ada saja benda boleh buat gaduh.
Ada saja...

Esok mungkin 1 ramadhan
Dan satu ramadhan itulah pergaduhan aku dan abah yang paling besar.
Walhal kalo nak diikutkan abah bukan marah dengan aku.
Aku cuma tak sokong dia.
Tapi aku boleh gaduh teruk dengan abah.

Sampai abah tak nak cakap dengan aku.
Makan semeja pun terpaksa.
Aku pun sama 
Keras hati.

Raya pertama, aku berat betul hati nak salam abah.
Abah pun acuh tak acuh saja nak salam dengan aku.
Aku minta maaf pun dia buat tak tahu saja.
Aku sedih tapi aku keraskan hati.
Hati aku memang keras waktu tu
Sbb aku yakin aku tak salah.
Abah yang salah.

Raya kedua bLik rumah atuk.
Abah ajak pergi mana pun aku tak mahu.
Malam raya ketiga tu
Pagi tu abah pergi buat selamanya.

Entah.
Susah nak percaya bila sampai hospital pak andak kata abah dah tak ada.
Aku yakin abah cuma pengsan
Tapi bila pergi bilik mayat
Tengok abah
Macam tak terkata apa.
Aku teman abah kat bilik mayat sampai mama suruh aku balik.
Ambil atuk, mak ngah dan tok cik.
Sementara mama ngn pak andak tunggu van jenazah.

Bila sampai kat rumah, mandi n bersiap.
Nak pergi mandikan abah.
Orang tak bagi.
Okeylah tak apa.
Aku nak tengok abah dimandikan pun
Tak diberi
Allah zalimnya manusia tu

Sedihnya.
Solat jenazah pun aku tak tahu.
Aku ikut imam saja.
Entah apa dibaca pun tak tahu.

Tak sempat nak lihat abah dikebumikan.
Aku sampai saja dah baca talkin.

Start tu aku jadi hilang semangat
Aku jadi hilang kekuatan.
Aku mula risaukan mama
Dan aku berhenti kerja sebab nak jaga mama
Walaupun puncanya adalah pergaduhan aku dan adik.

Bila orang kata
"Abah pernah cakap abah kecewa dengan aku"
Aku tak percaya. Aku ajar diri aku untuk tak percaya
Sebenarnya aku percaya
Dan itulah punca semangat aku makin lemah
Untuk apa hidup kalo semuanya yang aku buat untuk abah
Mengecewakan abah.
Mengecewakan semua orang.

Sampai sekarang sebenarnya semangat aku lemah.
Mengenangkan kata2 itu.
Aku tak kisah benda tu betul atau tidak
Tapi itulah yang buatkan aku seakan malas untuk hidup

Sampai satu saat
Bila orang tanya kenapa aku hidup
Aku jawab dalam hati
Kerana Allah belum nak matikan aku.

Walaupun aku dah insaf
Hidup kerana Allah
Bukan lagi kerana abah
Tapi semangat itu sudah hilang
Semangat tu dah tak ada.

Hidup memang kerana Allah
Memang aku tahu Allah tak akan jadikan aku dengan sia2
Tapi semngat aku terbang
Aku terpaksa tangkapnya dengan sesuatu yang lain.

Kadang2 mama.
Tapi semangat tu cepat hilang sebab aku pun tahu
Aku bukan kegemaran mama
Terpaksa menanggung aku
Terpaksa menjaga ku kerana tanggungjawab.

Tapi selalunya semangat itu aku tangkap dengan sebab perkara lain.
Ada banyak yg buat aku bersemangat
Ia datang dan hilang
Hinggap dan terbang

Sedih sebenarnya bila tak boleh jadikan mama big Y aku.
Tapi aku tak boleh paksa diri aku
Kerana aku sendiri sedar diri aku
Sedangkan mama tak mengharapkan aku
Bagaimana aku ingin menjadikan mama sumber kekuatan aku?

Derhaka kah aku?

Apa aku perlu buat?

Berpura2?

Pada aku
Big why hanya akan terjadi bila dia adalah punca untuk kau bertindak
Tapi mama punca aku patah semangat
Mungkin mama tak sedar tapi itu yang aku rasa.

Adik beradik aku semua boleh letakkan mama as big why mereka
Sebab mama memang mengharapkan mereka.
Terutama kakak aku.
Sebab mama memang mengahrap pada dia seorang.
Untuk menjaga dan memelihara kami adik2nya.
Adik lelaku aku kerana mema memang berharap dia akan menjaganya nanti
Dan adik perempuan aku yang sentiasa mama berikan galakan dan sokongan

Aku tahu mama sentiasa mahu bertindak adil antara kami adik beradik
Tapi yang mama tak sedar hati aku terluka
Bila mama hanya menjalankan tanggungkawabnya pada aku bukan kerana kasih sayangnya buat aku.

Orang kata aku itu cuma tanggapan aku
Sebab orang tak nampak apa yang aku nampak
Orang tak lalui apa yang aku lalui
Not even my sibling will notice it.

But life must go on.
Everything happen with reason.
The strongest will face it

Im strong and i will face it.
πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




 

Rabu, 10 Jun 2015

Bercakap tentang cinta
Betul
Aku malas memikirkannya...

Bercakp hal nikah.
Benar
Aku risaukannya.

Jangan suruh aku bercinta sebelum nikah
Aku bosan.

Bialah siapa pun nak ikut
Trend orang sekarang
Aku katakan.
Aku punya ibu. Aku punya wali.
Kau suka.
Masuk pinang.
Andai mereka setuju, Insya Allah aku akan jadi milikmu.

Biar orang kata aku kolot
Janji perhubungan itu dimulai dengan sesuatu yang suci.

Bagaimana andai ditakdirkan aku berkahwin dengan si pencuri?
Aku redha. Dia memang si pencuri hatiku.

Bagaimana kalau dia cacat?
Aku redha untuk melengkapi setiap kecacatannya.

Betul.
Cakap je senang tapi kalo menghadapinya perit

Tapi aku percaya janji Allah.
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

Dan aku baik
Masih berusaha untuk menjadi baik.
Sebaik mungkin.

Isnin, 8 Jun 2015

Mak mana yang boleh lihat anak dia kelaparan?
Kan?

Sebelum mama keluar
Tinggalkan aku seorang kat rumah
Spaghetti siap dah masak.
Sementara mama kat luar
Aku duk return makan spaghetti 
Sikit sikit

Bila mama balik
Beli lagi makanan

Masalahnya sekarang ni.
Perut aku dh kenyang sgt
Tapi perasaan bersalah kerana bakal ada makanan yang akan maduk tong sampah

So, jangan marah kalo jumpa aku kat kedai makan ngn mak aku.
Aku marah mak aku membungkus
Bukan tak ingat orang kat rumah
Tapi orang kat rumah belum tentu nak makannya.

Mak aku pula memang suka membungkus
Tak reti nak tanya dulu
Orang yang nak dibungkus tu nak ke?
Sudi ke nak makan.
Ke dah kenyang
Dia main nak concern dia saja
Tak fikir rezeki yang dibuang tu

Benda bukan sekali berlaku
Tapi dah selalu sangat
Sayang tau rezeki main buang2

Aku memang sakit hati benda terbuang ni
Sangat sangat sangat dan tersangat sakit hatinya
Rasa sakit hati tu kadang sampai and rasa nak nangis

Kadang aku sendiri sedapkan hati
Moga rezeki ini dimakan oleh mahkluk Allah yang lain.
   

Ahad, 7 Jun 2015

Biar betul ni.

Mimpi apa mama pagi ni menyapu bilik aku?
Depan aku pula tuh.
Siap tolong kemaskan semula.

Apehalnya ni?

Jumaat, 5 Jun 2015

Tentang mimpi

Hanya kerana mimpi 
Aku berkahwin dengan seorang lelaki
Yang aku tak kenal tapi macam biasa nampak.
Perasaan marah pada lelaki menjadi membuak.

Perasaan lama datang kembali.
Ya, aku manusia yang sangat anti pada hubungan suami isteri.
Bukan aku marahkan hubungan itu
Tapi selalu aku marah dengan si suami dan si isteri.

Hello.
Buat apa nak kahwin andai berkahwin buat hidup kau lagi susah.
Especially perempuan.

Berapa banyak rungutan wanita pada suami.
Pagi bangun siapkan anak. Siapkan rumah. Siapkan suami. Siapkan diri
Pergi kerja.
Balik jaga anak, rumah suami.
Suami buat apa?
Memerintah.
Minta itu dan ini

Tapi benda tu sebenarnya baru.
Aku dan rasa tak percaya pada perkahwinan sejak kecil.
SebeΕ‚um aku baligh lagi aku dah kata
"Tak nak kahwin"

Jangan nak blame aku bila surronding aku yang tak membahagiakan
Memang sebab 2-3 orang saja tapi jumlah itu sudah cukup untuk buat aku takut pada perkahwinan.
Takut nak tempoh apatah lagi mak mengharungi.
Jadi aku biasakan diri hidup sendiri.

Betul
Tanggapan aku sudah berubah sejak akhir2 ini
Malahan dalam doa juga aku selitkan agar dikurniakan suami yang dapat memuaskan aku.

Puaskan bukan dari segi seks tapi kehendak batin.
Aku inginkan suami yang boleh membimbing diri, aku dan keluarga ke syurga
Yang sentiasa boleh menjadi pemangkin energi positive
Yang sentiasa menjadi sebab untuk aku bergerak kearah kejayan dan kekayaan dunia dan akhirat
Dan semestinya aku inginkan suami yang punya personaliti berjaya dunia dan akhirat
Serta kaya wang dalam simpanannya. 
Sudah punya harta dunia

Hakikatnya orang itu aku nampak dalam mimpi aku
Tapi entah kenapa aku jadi marah.
Mungkin perkahwinan ini tidak direstui hatinya
Sebab aku yang ke rumahnya untuk melangsungkan persandingan dan akad nikah.
Rumahnya tidak mewah hanya flat kuarters polis tapi aku nampak ciri itu dalam dia.

Sekali lagi kenapa aku marah?
Adakah sebab dia lupa bawa wang mahar yang cukup?
Atau kerana aku marahkan emak yang sentiasa menangkan pak ungai?

Tak
Sebenarnya aku rasa
Aku pun tak tahu kenapa aku marah sangat
Tapi aku memang sangat marah.







Pandangan aku

Mama sangat menjaga hati anak2nya 
Sampai tak kisah melukakan hati sendiri

Tapi bila dia terpaksa memilih antara anak2
Hati aku paling tegar dia lukakan.

Mungkin padanya aku tak kisah 
Sebab aku selalu buat tak kisah

Tapi yang sebenarnya
AkΓ» pun x sedar yg sebenarnya aku kisah

Tanpa aku sedar
Aku lukakan balik hati mama seperti mana hati aku dilukainya

Kdang lambat aku sedar aku dh lukakan hati mama
Hanya kerana aku telah disakiti.

Kejamnya aku sebagai anak.
Tapi seriusly
Aku sebenarnya tak sedar yang aku simpan dendam dalam diam.

Selasa, 2 Jun 2015

Jawatan kosong

Hari ni terima lagi jemputan untuk apply jawatan kosong 

Masalah aku cuma satu

" siapa nk teman mama nanti?"

Memang lah apply belum tentu dapat tapi bukankah kalau tiada minat tapi apply memaksudkan menyusahkan kerja orang lain?