Rabu, 29 Julai 2015

Aku minta maaf mama.
Tak mampu nak uruskan rumah.

Aku minta maaf mama,
Malam tadi x berdaya nak tolong urutkan kaki mama.

Aku kena tidur
Aku terpaksa tidur awal
Bagi mengelak segala kemungkinan

Bialah aku saj atau apa.

Aku minta maaf
Aku tolak untuk memelihara diriku.
Bukan kerana aku malas ataupun tak mahu
Tapi aku terpaksa...

Isnin, 13 Julai 2015

Semalam pergi tengok baby baru lahir.

Orang kata baby baru lahir ada bau syurga

Namun kesian aku, xdapat bau apa2 bau yang best pun padanya.

Islam kata, anak derhaka tidak akan bau syurga.

Nampaknya sahlah aku ni anak derhaka, ya?

Abah paling sayang aku tapi aku yang paling melukakan hati abah.

Mama paling rapat dengan aku sekarang tapi aku yang banyak dosa dengan mama

So, anak derhaka.

Work so much in ibadah

Seeking for bless of Allah

Just forgetting to smell keharuman syurga

Because u wont be grant 

Face the fact that 

KAU ANAK DERHAKA

Ahad, 12 Julai 2015

Something i learn this week...

Never overestimate  ur mind

Aku fikir aku positive sangat
Lastly baru tersedar.

Aku asyik risau
Sedangkan mulut dan otak kata 

"Rezeki dari Allah"

Hakikatnya hati x selari pun dengan apa yang otak fikir dan mulut berkata.

Aku marahkan adik boros.
Mama boros
Tak fikir in future
Tapi satu perkataan adik.

"Itu kira rezeki kita, jangan pertikaikan"

Asalnya aku rasa itu tindakan orang yang boros.
Memang boros tapi itulah rezeki kita

Jumaat, 3 Julai 2015

Sometimes aku tertanya2
Bukan,
Aku selalu bertamya

"Apa perasaan mak dapat anak macam aku ni?"

Cita2 tinggi melangit tapi takat cita2 
Sampai sekarang tak dapat

Tu belum lagi mak kena tanggung hidup aku sepenuhnya
Memang aku tanggungjawab dia selagi aku belum kahwin
Tapi kenapa aku tak macam aniak dara orang lain yang sibuk pergi kerja
Tak payah anak orang
Macam anak2 mak yang lain
Cari duit
Nak bagi mak.

Aku bukan x cuba cari kerja
Aku cari tapi tak dapat
Kalau kena hadir interview pun, aku tak datang
Aku takut diinterview

Bila ada orang yang nak bagi kerja tanpa interview
Aku tolak juga

Sebenarnya
Aku risau tinggal mak sensorang
Alasan?
Suka hati nak fikir apa


Rabu, 24 Jun 2015

Sabar ajalah adik weh ada kakak macam aku.

Kalo mama buat air pun, aku selamba p tambah air.
Sebab manis kat tekak aku.
Inikan ko pula bubuh garam.
Memang aku buang lah.

Apa kes air mangga bubuh garam?

Isnin, 22 Jun 2015

Kalo tanya aku 

Kenapa aku nak kahwin?
Satu je jawapan jujur yang aku simpan sebab malu nak cakap.

"Menghindar diriku dari maksiat"

Aku pun manusia biasa
Ada nafsu yang dinamakan syahwat.

Mcm mana aku cuba hindar
Cuba control fikiran dari memikirkannya
Akan tiba saat dan ketika
Aku hampir hilang kawalan.

Namun, apa yang aku boleh buat
Bila jodohku belum kunjung tiba.

Allah itu sebaik2 perancang dan perancangannya pasti adalah yang terbaik untukku.
Tiada prejudis.

Jadi aku kena kuat.
Terus melawan
Terus berjuang untuk melawan.

Lawan. Lawan. Lawan...
Simpan untuk dia yang halal.

Isnin, 15 Jun 2015

Orang kalo tengok aku ngn mama
Mesti dorg ingat aku ni rapat dengan mama sejak azali.

Sorry...
Aku rapat dengan mama setahun sebelum abah meninggal.
Tahun tu aku dengan abah macam ada saja yang tak kena.
Ada saja benda boleh buat gaduh.
Ada saja...

Esok mungkin 1 ramadhan
Dan satu ramadhan itulah pergaduhan aku dan abah yang paling besar.
Walhal kalo nak diikutkan abah bukan marah dengan aku.
Aku cuma tak sokong dia.
Tapi aku boleh gaduh teruk dengan abah.

Sampai abah tak nak cakap dengan aku.
Makan semeja pun terpaksa.
Aku pun sama 
Keras hati.

Raya pertama, aku berat betul hati nak salam abah.
Abah pun acuh tak acuh saja nak salam dengan aku.
Aku minta maaf pun dia buat tak tahu saja.
Aku sedih tapi aku keraskan hati.
Hati aku memang keras waktu tu
Sbb aku yakin aku tak salah.
Abah yang salah.

Raya kedua bLik rumah atuk.
Abah ajak pergi mana pun aku tak mahu.
Malam raya ketiga tu
Pagi tu abah pergi buat selamanya.

Entah.
Susah nak percaya bila sampai hospital pak andak kata abah dah tak ada.
Aku yakin abah cuma pengsan
Tapi bila pergi bilik mayat
Tengok abah
Macam tak terkata apa.
Aku teman abah kat bilik mayat sampai mama suruh aku balik.
Ambil atuk, mak ngah dan tok cik.
Sementara mama ngn pak andak tunggu van jenazah.

Bila sampai kat rumah, mandi n bersiap.
Nak pergi mandikan abah.
Orang tak bagi.
Okeylah tak apa.
Aku nak tengok abah dimandikan pun
Tak diberi
Allah zalimnya manusia tu

Sedihnya.
Solat jenazah pun aku tak tahu.
Aku ikut imam saja.
Entah apa dibaca pun tak tahu.

Tak sempat nak lihat abah dikebumikan.
Aku sampai saja dah baca talkin.

Start tu aku jadi hilang semangat
Aku jadi hilang kekuatan.
Aku mula risaukan mama
Dan aku berhenti kerja sebab nak jaga mama
Walaupun puncanya adalah pergaduhan aku dan adik.

Bila orang kata
"Abah pernah cakap abah kecewa dengan aku"
Aku tak percaya. Aku ajar diri aku untuk tak percaya
Sebenarnya aku percaya
Dan itulah punca semangat aku makin lemah
Untuk apa hidup kalo semuanya yang aku buat untuk abah
Mengecewakan abah.
Mengecewakan semua orang.

Sampai sekarang sebenarnya semangat aku lemah.
Mengenangkan kata2 itu.
Aku tak kisah benda tu betul atau tidak
Tapi itulah yang buatkan aku seakan malas untuk hidup

Sampai satu saat
Bila orang tanya kenapa aku hidup
Aku jawab dalam hati
Kerana Allah belum nak matikan aku.

Walaupun aku dah insaf
Hidup kerana Allah
Bukan lagi kerana abah
Tapi semangat itu sudah hilang
Semangat tu dah tak ada.

Hidup memang kerana Allah
Memang aku tahu Allah tak akan jadikan aku dengan sia2
Tapi semngat aku terbang
Aku terpaksa tangkapnya dengan sesuatu yang lain.

Kadang2 mama.
Tapi semangat tu cepat hilang sebab aku pun tahu
Aku bukan kegemaran mama
Terpaksa menanggung aku
Terpaksa menjaga ku kerana tanggungjawab.

Tapi selalunya semangat itu aku tangkap dengan sebab perkara lain.
Ada banyak yg buat aku bersemangat
Ia datang dan hilang
Hinggap dan terbang

Sedih sebenarnya bila tak boleh jadikan mama big Y aku.
Tapi aku tak boleh paksa diri aku
Kerana aku sendiri sedar diri aku
Sedangkan mama tak mengharapkan aku
Bagaimana aku ingin menjadikan mama sumber kekuatan aku?

Derhaka kah aku?

Apa aku perlu buat?

Berpura2?

Pada aku
Big why hanya akan terjadi bila dia adalah punca untuk kau bertindak
Tapi mama punca aku patah semangat
Mungkin mama tak sedar tapi itu yang aku rasa.

Adik beradik aku semua boleh letakkan mama as big why mereka
Sebab mama memang mengharapkan mereka.
Terutama kakak aku.
Sebab mama memang mengahrap pada dia seorang.
Untuk menjaga dan memelihara kami adik2nya.
Adik lelaku aku kerana mema memang berharap dia akan menjaganya nanti
Dan adik perempuan aku yang sentiasa mama berikan galakan dan sokongan

Aku tahu mama sentiasa mahu bertindak adil antara kami adik beradik
Tapi yang mama tak sedar hati aku terluka
Bila mama hanya menjalankan tanggungkawabnya pada aku bukan kerana kasih sayangnya buat aku.

Orang kata aku itu cuma tanggapan aku
Sebab orang tak nampak apa yang aku nampak
Orang tak lalui apa yang aku lalui
Not even my sibling will notice it.

But life must go on.
Everything happen with reason.
The strongest will face it

Im strong and i will face it.
πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




 

Rabu, 10 Jun 2015

Bercakap tentang cinta
Betul
Aku malas memikirkannya...

Bercakp hal nikah.
Benar
Aku risaukannya.

Jangan suruh aku bercinta sebelum nikah
Aku bosan.

Bialah siapa pun nak ikut
Trend orang sekarang
Aku katakan.
Aku punya ibu. Aku punya wali.
Kau suka.
Masuk pinang.
Andai mereka setuju, Insya Allah aku akan jadi milikmu.

Biar orang kata aku kolot
Janji perhubungan itu dimulai dengan sesuatu yang suci.

Bagaimana andai ditakdirkan aku berkahwin dengan si pencuri?
Aku redha. Dia memang si pencuri hatiku.

Bagaimana kalau dia cacat?
Aku redha untuk melengkapi setiap kecacatannya.

Betul.
Cakap je senang tapi kalo menghadapinya perit

Tapi aku percaya janji Allah.
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

Dan aku baik
Masih berusaha untuk menjadi baik.
Sebaik mungkin.

Isnin, 8 Jun 2015

Mak mana yang boleh lihat anak dia kelaparan?
Kan?

Sebelum mama keluar
Tinggalkan aku seorang kat rumah
Spaghetti siap dah masak.
Sementara mama kat luar
Aku duk return makan spaghetti 
Sikit sikit

Bila mama balik
Beli lagi makanan

Masalahnya sekarang ni.
Perut aku dh kenyang sgt
Tapi perasaan bersalah kerana bakal ada makanan yang akan maduk tong sampah

So, jangan marah kalo jumpa aku kat kedai makan ngn mak aku.
Aku marah mak aku membungkus
Bukan tak ingat orang kat rumah
Tapi orang kat rumah belum tentu nak makannya.

Mak aku pula memang suka membungkus
Tak reti nak tanya dulu
Orang yang nak dibungkus tu nak ke?
Sudi ke nak makan.
Ke dah kenyang
Dia main nak concern dia saja
Tak fikir rezeki yang dibuang tu

Benda bukan sekali berlaku
Tapi dah selalu sangat
Sayang tau rezeki main buang2

Aku memang sakit hati benda terbuang ni
Sangat sangat sangat dan tersangat sakit hatinya
Rasa sakit hati tu kadang sampai and rasa nak nangis

Kadang aku sendiri sedapkan hati
Moga rezeki ini dimakan oleh mahkluk Allah yang lain.
   

Ahad, 7 Jun 2015

Biar betul ni.

Mimpi apa mama pagi ni menyapu bilik aku?
Depan aku pula tuh.
Siap tolong kemaskan semula.

Apehalnya ni?

Jumaat, 5 Jun 2015

Tentang mimpi

Hanya kerana mimpi 
Aku berkahwin dengan seorang lelaki
Yang aku tak kenal tapi macam biasa nampak.
Perasaan marah pada lelaki menjadi membuak.

Perasaan lama datang kembali.
Ya, aku manusia yang sangat anti pada hubungan suami isteri.
Bukan aku marahkan hubungan itu
Tapi selalu aku marah dengan si suami dan si isteri.

Hello.
Buat apa nak kahwin andai berkahwin buat hidup kau lagi susah.
Especially perempuan.

Berapa banyak rungutan wanita pada suami.
Pagi bangun siapkan anak. Siapkan rumah. Siapkan suami. Siapkan diri
Pergi kerja.
Balik jaga anak, rumah suami.
Suami buat apa?
Memerintah.
Minta itu dan ini

Tapi benda tu sebenarnya baru.
Aku dan rasa tak percaya pada perkahwinan sejak kecil.
SebeΕ‚um aku baligh lagi aku dah kata
"Tak nak kahwin"

Jangan nak blame aku bila surronding aku yang tak membahagiakan
Memang sebab 2-3 orang saja tapi jumlah itu sudah cukup untuk buat aku takut pada perkahwinan.
Takut nak tempoh apatah lagi mak mengharungi.
Jadi aku biasakan diri hidup sendiri.

Betul
Tanggapan aku sudah berubah sejak akhir2 ini
Malahan dalam doa juga aku selitkan agar dikurniakan suami yang dapat memuaskan aku.

Puaskan bukan dari segi seks tapi kehendak batin.
Aku inginkan suami yang boleh membimbing diri, aku dan keluarga ke syurga
Yang sentiasa boleh menjadi pemangkin energi positive
Yang sentiasa menjadi sebab untuk aku bergerak kearah kejayan dan kekayaan dunia dan akhirat
Dan semestinya aku inginkan suami yang punya personaliti berjaya dunia dan akhirat
Serta kaya wang dalam simpanannya. 
Sudah punya harta dunia

Hakikatnya orang itu aku nampak dalam mimpi aku
Tapi entah kenapa aku jadi marah.
Mungkin perkahwinan ini tidak direstui hatinya
Sebab aku yang ke rumahnya untuk melangsungkan persandingan dan akad nikah.
Rumahnya tidak mewah hanya flat kuarters polis tapi aku nampak ciri itu dalam dia.

Sekali lagi kenapa aku marah?
Adakah sebab dia lupa bawa wang mahar yang cukup?
Atau kerana aku marahkan emak yang sentiasa menangkan pak ungai?

Tak
Sebenarnya aku rasa
Aku pun tak tahu kenapa aku marah sangat
Tapi aku memang sangat marah.







Pandangan aku

Mama sangat menjaga hati anak2nya 
Sampai tak kisah melukakan hati sendiri

Tapi bila dia terpaksa memilih antara anak2
Hati aku paling tegar dia lukakan.

Mungkin padanya aku tak kisah 
Sebab aku selalu buat tak kisah

Tapi yang sebenarnya
AkΓ» pun x sedar yg sebenarnya aku kisah

Tanpa aku sedar
Aku lukakan balik hati mama seperti mana hati aku dilukainya

Kdang lambat aku sedar aku dh lukakan hati mama
Hanya kerana aku telah disakiti.

Kejamnya aku sebagai anak.
Tapi seriusly
Aku sebenarnya tak sedar yang aku simpan dendam dalam diam.

Selasa, 2 Jun 2015

Jawatan kosong

Hari ni terima lagi jemputan untuk apply jawatan kosong 

Masalah aku cuma satu

" siapa nk teman mama nanti?"

Memang lah apply belum tentu dapat tapi bukankah kalau tiada minat tapi apply memaksudkan menyusahkan kerja orang lain?




Rabu, 27 Mei 2015

Sumpah







if i could turn back the time.

i swear

aku akan buat segalanya untuk mama.

untuk abah

demi keredhaan Allah.



aku akan buat mama sentiasa senyum setiap saat.

aku akan buat abah rasa sangat bangga ada anak macam kami semua.



sumpah.



but it never late to start kan?


Isnin, 25 Mei 2015

Meraung

http://youtu.be/YG95-eHV2l0

Orang lain or korang mungkin tak kisah
Tapi aku orang yang sangat kisah bila orang meletakkan kaki pada aku.
Tak kisahlah kena ke tak.
Kaki kearah aku adalah kurang sopan.

Tapi bila yang buat tu adik sendiri?

Hahahaha.... Nak kata apa?
Aku bukan tak biasa kena hina dengan dia.
Aku dan hinaan dalam keluarga ni adalah perkara biasa
Dari kecil
Sebab tu walau dah besar gedabak tua bangka macam ni pun 
Aku masih rasa dan fikir aku anak angkat
Walaupun ketara muka aku dan kakak aku tu ada iras.
Hahahaha...

Tak susah pun nak gain respect from my family members.
Being rich n go rich
Then only they can talk to u nicely n politely 

Aku pula perangai macam harrem...
Makan tanggung berak cangkung.
Memang tak akanlah siapa pun nak respect.

Kesian...
Hahahaha....

Khamis, 21 Mei 2015

Kain oh kain...

Tak senang nak dapatkan kain ni.
Walhal berapa RM saja
Maklumlah, tak penting.
Kain buat basahan waktu mandi saja.


Cantikkan kain basahan aku?
Tapi tak seronok pun pakai.
Tak ngapelah.
Buek mandi yo.

Orang dalam rumah selalu pertikai
Buat apa nak bazir pakai kain basah
Bukannya toilet tak de pintu.

Jawab aku
Sekadar suka2
Tapi pada aku pasti ada hikmah
Kenapa kita digalakkan mandi berkemban.

Rabu, 20 Mei 2015

Jaga dia untukku

Pesanan ini dituju khas untuk adik2 atau kakak aku yang bakal menjaga mama sepenuh masa.

Jaga mama itu mesti sepenuh masa.
Mama takut bila seorang
Walau dia kata dia ok tinggal seorang
Pasti nanti dia akan cerita macam2 dia rasa bila seorang.

Masa abah baru meninggal.
Mama kata dia terasa abah ada.
Dia dengar abah panggil dia.

Lama lepas tu,
Mama mula ok dari abah.
Itu pun lepas aku asyik marah mama sebab asyik ingat abah.
Tapi aku tahu, dia cuma buat2 ok.
Hakikatnya kadang tu dia macam khayal.

Bila aku mula dirumah sentiasa
Teman mama, baru keyakinan diri dia pulih.
Sikit2 dia mula terima ketiadaan abah.
Walaupun dia tahan sebak setiap kali kisah abah dibangkitkan.

Aku dh 4 tahun duduk rapat dengan mama
Bila aku tinggalkan mama sendiri
Balik pasti mama bagitau yang dia duduk dalam bilik.
Tak keluar sebab takut.
Rasa macam ada orang perhati rumahlah.
Mcm2.

Bila aku mengadu pada korg
Mama selalu nafikan.
Lama2 aku pun malas nak cite kat korang sebab korang akan kata aku 

Aku yakin dan pasti korang boleh jaga mama dengan baik
Jangan jadi aku
Bebanan dalam rumah ni.
Duduk rumah tak buat apa2
Makan tanggung berak cangkung
Walaupun aku berak duduk.
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Aku cuma rasa cukup dah aku ditanggung
Sekarang ni aku nak bina hidup aku.
Bukan untuk bermegah tapi cukup tidak menjadi bahan sindiran dan tohmahan adik2

Andai nanti korang jemu nak jaga mama.
Serulah aku
Mohon Allah gerakkan hatiku untuk pulang
Biar aku teman dan jaga mama.
Insya Allah akan aku buat tanpa perlu bantuan korang.

Kenapa macam yakin?
Sebab sebelum arwah abah pergi, abah dah kata kat mama
Hidup mama senang sebab semua anak berebut nak jaga mama
Dan aku tak nak berebut.
Aku bagi korang pula peluang untuk jaga mama.


Ahad, 17 Mei 2015

Tolong bayarkan

Aku lupa berspa banyak puasa yang aku tak ganti lagi.
Bukan tahun ni saja.
Dari tahun2 sebelum lagi.

Kalau aku mati?
Umur aku sekarang 28 tahun. 
Aku mula baligh umur 11tahun.

Umur aku 11-17 tahun
Period aku tak menentu
Tapi aku tahu satu benda.
Puasa aku selesai.
Tak ada tertangguh.
Cuma kena bayar fidyah untuk 3hari.
Dan itu pun belum bayar.

Umur aku 18-21tahun
Period aku consistent sikit lah.
Dalam 7hari.
Ini pun aku tak risau sebab aku ganti puasa habis.

Umur aku 22-26
Aku ingat ada 2tahun tu aku berpuasa ramadhan penuh.
Tapi aku pernah kena h1n1 dan doktor advice utk tidak berpuasa.
Kat situ aku x puasa 12hari
Tapi aku sempat ganti 3hari dan berbaki 9
Tahun yg lain dalam 7-8 hari puasa tak berganti

27-28 tahun.
Tahun lepas aku dikira tak puasa 15hari.
Aku tak ingat sebenarnya tapi aku tahu aku period awal dan hujung ramadhan 
Dan tahun lepas aku start istihadah almost everyday.
So, aku conclude 15hari.

Maka tolonglah bayarkan fidyah aku.
Kalau aku mati tanpa sempat lunaskan hutang fidyah aku.
Please....

Jumaat, 15 Mei 2015

Outing

Shopping?
Aku x faham orang kata shopping is therapy 
Seriusly?

Kenapa aku rasa mcm lagi tertekan aja bila shopping?
Terutama bila pergi shopping dengan perempuan
Shopping baju, kasut, handbag.

Tapi aku pun sebenarnya suka je shopping
Tapi aku suka shopping makanan.
Kering especiallynya.
Makanan basah ni aku ada sikit tak tahan bau.
Dan kegelian nak pegang.
So benda serah kat mama.

Oleh itu setiap kali family ajak keluar
Soalan pertama.
Pergi mana?
Nak buat apa?
Kalo pergi makan, tengok mood.
Kalo rajin aku keluar
Kalo malas, aku duk rumah

Aku suka duk rumah terutama bila dalam rumah tak ada sesiapa.
So' aku boleh buat benda yang aku suka
Tengok tv yg aku suka
Tak ada orang nak bising
Tak ada orang nak buat muka.

Jangan nak provoke aku ya hati
Untuk cerita benda yang touching
Aku malas nak pertikai
Syukur ada keluarga yg concern pasal aku
KalΓ΄ xde,
Macam mana keadaan aku sekarang ni?

Selasa, 12 Mei 2015

Sandwich telur

Ini namanya aku teringin bebeno la nih sampai sanggup buat sendiri

Nak beli tak leh nak keluar.
Tak ada kenderaan
Lagioun x worth lah nak keluar semata-mata nak beli sandwich telur
Baik buat sendiri

Terutama telur rebus semalam
Balance nasi lemak mama semalam,

Hihi...
Aku memang berkira.


Lihat sandwichku...
Sedapkan?

Hahaha...
Kalau bukan aku yang puji diri sendiri
Siapa lagi.

Korang nak puji aku?
Tak adanya...

Kekoknya

Sementara menunggu akak aku sampai untuk berlakunya perbincangan
Mereka duduk menunggu

Seriusly aku kekok
Mereka x abis2 dengan telefon
Telefon
Telefon

Apa ke jadahnya

Aku tertekan betul bila org asyik dgn telefon

Minat

https://www.facebook.com/frensofbn/videos/10152208992524998/

Ingat aku x pernah fikirkah apa hikmah aku x amek bidang animasi

Aku pun sedar sabar aku ada limit
Walau macam mana aku minat pun satu benda tu
Aku akan tinggalkan bila ia x cukup kuat buat aku stay

Aku kata
Minat x cukup kuat buat aku stay
Sebab minat aku berubah-ubah

Walau aku masih minat
Tapi bila ia selalu buat
Aku cepat bosan
Dan pasti aku tinggalkan.

Quotations

Aku rasa otak aku jemmed hari ni.
Tak
Dari semalm.

Kawan aku tu nak datang ukur rumah. 
Nak buat renovation rumah sikit.

Aku pulak boleh fikir dia nak datang minang
Betul2 otak aku jemmed

Nak kemas rumah
Mak aku bising rumah sepah.
Hakikatnya rumah aku sepah
Sebab tu mak aku nak tambah rumah sikit lagi
Bagi ruang adik aku letak motor dia.


Ini dapur ke bengkel?

Tak tahulah ruang tamu ke bengkel motor...
😧😧😧

Ahad, 10 Mei 2015

Teruja

Aku memang ada keterujaan yang melampau.

Teruja untuk berkongsi semua rasa dalam diri aku.
Dan bila aku express kan.
Dan mendapat respond
Aku jadi teruja untuk teruskan

Sometimes aku rasa seperti aku ini pahat
Tanpa tukul, aku tak mampu bergerak.

Akhirnya bak kata mentorku. Dr Azizan Osman
Aku main biola.


Air detox


Kadang aku sebut air infuse
Sebab aku infuse bukan beli air titik dlm air masak.
Aku Γ±i tanam anggur di tepi bibir

Bila mak beli barang dapur
Akulah peneman
So, ambil kesempatan
Beli lemon, oren, timun, pudina
Lepas tu balik potong nipis2
Masuk dlm botol besar.
Letak air kosong.
Masuk peti sejuk.
Sejuk nanti aku buat minum setiap masa.

Jangan buat gila bubuh semua bahan tu. 
gilir2 la...
Lemon dengan pudina
Oren dgn timun

Sebab x ada satu pun website yg tulis air infuse boleh pakai sampai bila
Aku pakai sampai dh tak rasa buah tu.
Itu pun dh last tu aku squeeze kan dia
Kelua lagi rasa kan?
Tunggu sampai hilang rasa.
Baru aku tukar.



 

Kalau mcm ni,
Aku x jumpa pudina kat mydin
Makanya tanpa pudina. 
Nampak x lemon dh kat bawah
 Itu namanya minta ditukar.

Cita2ku menjadi Novelist

Tak percayakan?
Itulah cita2 aku masa sekolah menengah.
Dan ianya sudah aku masukkan dalam wishlist aku
101 impian yang dicapai pada tahun 2017


Hari ibu

Jangan kata hari i u
Hari lahir mama pun aku tak cakap pun aku syang mama.

Zalim?
Aku bukan datang dari keluarga yang pandai express kan kasih sayang.
Mama ngn abah mana pernah cakap
'I love u'
'I love u too'

Tak pernah der.
Then kau expect aku reti nak cakap?

Dari cakap baik aku tunjuk

Aku sayang mama lah aku duduk kat rumah jaga mama lepas abah meninggal.

Sebab aku sayang abah lah aku lupakan cita2 aku nak jadi wartawan.
Aku tinggalkan minat aku dalam broadcasting n grafic n photography.
Tolong abah tanpa minta balasan.

Sebab aku sayang adik beradik akulah
Aku biarkan diri aku terkurung dan biarkan adik beradik aku bebas
Bebas dari tanggunjawab jaga mama lepas abah meninggal.
Aku tak nak dorg risau bila mama tinggal seorang

Sebab aku sayangkan diri aku lah
Aku terus menulis
Di blog untuk melepaskan rasa hati
Supaya aku x sakit hati
Dan aku tidak rasa bersalah menyakitkan hati orang lain
Terutama hati insan yg aku sayang.

Sabtu, 9 Mei 2015

Salah ke?

Ye lah...
Sifu DAO suruh buat posting setiap hari.
Selalunya aku dapt idea buat posting melalui pembacaan, TV, dan posting kengkawan.
Idea tu datang dan aku garab mengikut gaya penulisan aku.

Contoh org post gambar makanan.
Aku update aku teringin nak makan.
Mana aku nak tau yang itu boleh terjadi sindiran
Sedangkan aku cuma update benda yang terlintas.

Senang je kan orang lebel kita
Kalo aku nak lebel jugak boleh?

Tak nak la.
Kerja balas dendam ni perbuatan budak tak matang.
Aku dah matang
Makanya sabar je lah.

Bkn kah sabar itu indah
Dan aku lihat keindahannya bila isu itu tidak dipanjangkan.

Jumaat, 8 Mei 2015

Penyindir rupanya aku

Seriusly?

It happen kan bila aku kena marah.
Tapi sungguh,
Aku tak sedar yang aku ni suka menyindir
😈😈😈
Jahat gila rupanya aku.

Aku fikir aku dah jadi makin baik.
Aku rasa aku dh berubah 

1. Jadi baik
2. Menjaga tutur kata
3. Penyabar

Tapi tanpa aku sangka
Aku jadi penyindir.

Allah, maafkan aku.
😭😭😭


Janji ditepati

Biasalah bila Jumaat malam sabtu bermakna

1. No outing
2. No meeting.

Beranilah engkau nak keluar.
Nanti monster dirumah akan marahkan kau.
Pedasnya bahasa hanya kau saja yang tahan.

If something happen pada mak
You will be blame tanpa belas kasihan.

Tanpa mereka lihat tanggungjawab menjaga mak tu pun
Tanggungjawab mereka jua.

Itulah,
Orang selalu cakap.
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak janji makan diri.

Now,
Secrifice.
Mak aku tu je.
Lantaklah diorang nak jaga ke tak nak.
Biar aku yang jaga

Walaupun apa2 pun mak dulukan diorang
Aku macam x wujud
Aku cool aja.

Aku kan ada nak temankan mama sentiasa.