Mesti dorg ingat aku ni rapat dengan mama sejak azali.
Sorry...
Aku rapat dengan mama setahun sebelum abah meninggal.
Tahun tu aku dengan abah macam ada saja yang tak kena.
Ada saja benda boleh buat gaduh.
Ada saja...
Esok mungkin 1 ramadhan
Dan satu ramadhan itulah pergaduhan aku dan abah yang paling besar.
Walhal kalo nak diikutkan abah bukan marah dengan aku.
Aku cuma tak sokong dia.
Tapi aku boleh gaduh teruk dengan abah.
Sampai abah tak nak cakap dengan aku.
Makan semeja pun terpaksa.
Aku pun sama
Keras hati.
Raya pertama, aku berat betul hati nak salam abah.
Abah pun acuh tak acuh saja nak salam dengan aku.
Aku minta maaf pun dia buat tak tahu saja.
Aku sedih tapi aku keraskan hati.
Hati aku memang keras waktu tu
Sbb aku yakin aku tak salah.
Abah yang salah.
Raya kedua bLik rumah atuk.
Abah ajak pergi mana pun aku tak mahu.
Malam raya ketiga tu
Pagi tu abah pergi buat selamanya.
Entah.
Susah nak percaya bila sampai hospital pak andak kata abah dah tak ada.
Aku yakin abah cuma pengsan
Tapi bila pergi bilik mayat
Tengok abah
Macam tak terkata apa.
Aku teman abah kat bilik mayat sampai mama suruh aku balik.
Ambil atuk, mak ngah dan tok cik.
Sementara mama ngn pak andak tunggu van jenazah.
Bila sampai kat rumah, mandi n bersiap.
Nak pergi mandikan abah.
Orang tak bagi.
Okeylah tak apa.
Aku nak tengok abah dimandikan pun
Tak diberi
Allah zalimnya manusia tu
Sedihnya.
Solat jenazah pun aku tak tahu.
Aku ikut imam saja.
Entah apa dibaca pun tak tahu.
Tak sempat nak lihat abah dikebumikan.
Aku sampai saja dah baca talkin.
Start tu aku jadi hilang semangat
Aku jadi hilang kekuatan.
Aku mula risaukan mama
Dan aku berhenti kerja sebab nak jaga mama
Walaupun puncanya adalah pergaduhan aku dan adik.
Bila orang kata
"Abah pernah cakap abah kecewa dengan aku"
Aku tak percaya. Aku ajar diri aku untuk tak percaya
Sebenarnya aku percaya
Dan itulah punca semangat aku makin lemah
Untuk apa hidup kalo semuanya yang aku buat untuk abah
Mengecewakan abah.
Mengecewakan semua orang.
Sampai sekarang sebenarnya semangat aku lemah.
Mengenangkan kata2 itu.
Aku tak kisah benda tu betul atau tidak
Tapi itulah yang buatkan aku seakan malas untuk hidup
Sampai satu saat
Bila orang tanya kenapa aku hidup
Aku jawab dalam hati
Kerana Allah belum nak matikan aku.
Walaupun aku dah insaf
Hidup kerana Allah
Bukan lagi kerana abah
Tapi semangat itu sudah hilang
Semangat tu dah tak ada.
Hidup memang kerana Allah
Memang aku tahu Allah tak akan jadikan aku dengan sia2
Tapi semngat aku terbang
Aku terpaksa tangkapnya dengan sesuatu yang lain.
Kadang2 mama.
Tapi semangat tu cepat hilang sebab aku pun tahu
Aku bukan kegemaran mama
Terpaksa menanggung aku
Terpaksa menjaga ku kerana tanggungjawab.
Tapi selalunya semangat itu aku tangkap dengan sebab perkara lain.
Ada banyak yg buat aku bersemangat
Ia datang dan hilang
Hinggap dan terbang
Sedih sebenarnya bila tak boleh jadikan mama big Y aku.
Tapi aku tak boleh paksa diri aku
Kerana aku sendiri sedar diri aku
Sedangkan mama tak mengharapkan aku
Bagaimana aku ingin menjadikan mama sumber kekuatan aku?
Derhaka kah aku?
Apa aku perlu buat?
Berpura2?
Pada aku
Big why hanya akan terjadi bila dia adalah punca untuk kau bertindak
Tapi mama punca aku patah semangat
Mungkin mama tak sedar tapi itu yang aku rasa.
Adik beradik aku semua boleh letakkan mama as big why mereka
Sebab mama memang mengharapkan mereka.
Terutama kakak aku.
Sebab mama memang mengahrap pada dia seorang.
Untuk menjaga dan memelihara kami adik2nya.
Adik lelaku aku kerana mema memang berharap dia akan menjaganya nanti
Dan adik perempuan aku yang sentiasa mama berikan galakan dan sokongan
Aku tahu mama sentiasa mahu bertindak adil antara kami adik beradik
Tapi yang mama tak sedar hati aku terluka
Bila mama hanya menjalankan tanggungkawabnya pada aku bukan kerana kasih sayangnya buat aku.
Orang kata aku itu cuma tanggapan aku
Sebab orang tak nampak apa yang aku nampak
Orang tak lalui apa yang aku lalui
Not even my sibling will notice it.
But life must go on.
Everything happen with reason.
The strongest will face it
Im strong and i will face it.
πͺπΌπͺπΌπͺπΌπͺπΌ
ππππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan